Majlis konvokesyen PASTI pertama kali di Sabah

konvokesyen-PASTI.jpg

Sebahagian graduan kelihatan ceria dalam majlis Konvokesyen PASTI kali ke-14 di Kota Kinabalu, Sabah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Konvokesyen Perguruan PASTI kali ke-14 sidang 3 telah berlangsung dengan gilang-gemilang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kota Kinabalu, Sabah.

Konvokesyen yang julung-julung kali diadakan di Sabah itu menyaksikan seramai 108 Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) yang melibatkan semua guru PASTI seluruh Sabah.

Majlis gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh Muhammad Hanif Jamaluddin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Turut hadir menjayakan konvokesyen DPAK ini adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia yang terdiri daripasda Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Aizat Zakaria; Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Damansuri Dol; dan Pengarah Konvokesyen, Burhanuddin Sirajuddin.

Berucap dalam perasmian, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada insan-insan yang berada di belakang guru-guru PASTI, terutamanya golongan suami yang sentiasa memberikan semangat serta dorongan kepada isteri untuk terus ikhlas berjuang.

“Tentu ada kisah suka duka sepanjang tiga tahun setengah guru-guru PASTI berjuang untuk menamatkan Diploma Pendidikan Asas Kanak-kanak PASTI ini.

“Jadikan ia sebagai semangat untuk kalian terus berkhidmat, ilmu yang kalian curahkan ini pasti pahalanya akan terus mengalir tanpa henti,” katanya.

Tambah beliau, dakwah pendidikan akan terus mekar dan subur di Sabah sambil mengucapkan terima kasih rakyat Sabah.

“Tahniah Jabatan PASTI Malaysia dan Jabatan PASTI Negeri Sabah serta tahniah guru-guru PASTI di Sabah,” katanya. – HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top