Majlis Datuk-Datuk Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Penggunaan Lambang Palsu

majlis-datuk2.jpg

Claudius (tiga kiri) menyampaikan lencana kereta MDNS kepada Safar. Turut bersama jawatankuasa MDNS (kiri ke kanan) – timbalan presiden Datuk Andrew Sim, setiausaha agung Datuk Katherine Lee, timbalan presiden Datuk Noni Said, timbalan presiden Datuk Joseph Lantip dan bendahari agung Datuk Ir Wilis Mojiron Ansoi.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) menggesa tindakan terhadap penggunaan lambang kereta palsu yang mengandungi logonya.

Presidennya, Datuk Claudius Roman, berkata Datuk/Dato’ palsu dan bukan ahli MDNS terus mempamerkan lencana palsu pada plat kereta mereka tanpa kebenaran daripada majlis.

Claudius menyeru pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu.

Beliau berkata MDNS mempunyai kira-kira 100 ahli. Ramai Datuk tidak menyertai majlis dan menggunakan lambang kereta MDNS secara haram.

Beliau mengingatkan mereka yang dianugerahkan gelaran Datuk atau Dato’ secara sah supaya mengamalkan integriti, menghormati anugerah mereka dan tidak menyalahgunakannya.

Claudius menegaskan kedai tidak seharusnya hanya membuat lambang kereta tanpa kebenaran oleh organisasi. Perlu ada undang-undang untuk mendenda kedai-kedai itu, katanya.

Beliau mengimbas kembali bagaimana pada masa dahulu kedai tidak akan berani membuat lencana kereta, cop getah atau meterai biasa melainkan ada surat kebenaran

Claudius berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengetuai jawatankuasa MDNS mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Datuk Safar Untong baru-baru ini.

Sementara itu Safar berkata orang ramai boleh menyemak ketulenan gelaran Datuk dengan kerajaan negeri.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf gelaran Datuk atau Dato yang dianugerah oleh negara lain seperti Filipina.

Safar juga mengalu-alukan lebih banyak aktiviti oleh MDNS bagi meningkatkan usaha kerajaan negeri membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

 

Sumber: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top