Majlis Belia Sabah Anjur Pertandingan Mencipta Logo ‘Hari Belia Negeri Sabah 2021’

cipta-logo.jpg
Kongsi Bersama

Majlis Belia Negeri Sabah menganjurkan pertandingan mencipta logo, yang akan menjadi identiti serta tanda pengenalan imej “Hari Belia Negeri Sabah 2021” dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran atau percetakan dan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Jabatan.

Pertandingan itu terbuka kepada seluruh rakyat negeri Sabah sahaja.

Tema pertandingan adalah: BELIA SABAH MAJU JAYA, DEKAD INI DEKAD ANDA

Hadiah yang ditawarkan adalah RM1500 kepada pemenang yang berjaya. Tiga hadiah sagu hati sebanyak RM200 setiap satu juga disediakan untuk tiga peserta bertuah.

Pertandingan berlangsung dari 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Untuk penyertaan dan penghantaran hasil kerja, boleh “submit” di google form yang telah disediakan.

https://forms.gle/jr1XuphpFgwaTxAQ9

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan penganjur:

Urusetia : 011-6565 7970

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top