Majlis Angkat Sumpah AMT PBBS

haji-ruslan.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Haji Ruslan Muharam mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu persatuan yang dilantik bagi sesi tahun 2021-2024.

Katanya, kesemua pemimpin baharu persatuan hendaklah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan bagi merealisasikan lima hala tuju persatuan.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan  turut mengingatkan kepada semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Bisaya dan juga dengan suku lain.

Beliau berkata demikian di Majlis Angkat Sumpah dan watikah pelantikan AMT PBBS, di sini, kelmarin.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Matbali Hj. Musa dan Dr. Hajah Siti Aidah Hj. Lukin yang dilantik Naib Presiden dan Timbalan II.

Ruslan juga telah mengarahkan pengerusi-pengerusi biro yang dilantik untuk segera melantik ahli jawatankuasa masing-masing tidak kurang 7 orang dan tidak melebihi 12 orang setiap biro.

Selain itu, katanya, mereka juga diminta melantik daripada kalangan calon-calon yang bertanding semasa pemilihan baru-baru ini.

“Mereka ini perlu dilantik ke dalam biro kerana mereka menunjukkan minat dan kesediaan untuk berkhidmat dalam PBBS,” ujarnya.

Beliau juga telah menetapkan dalam tempoh 100 hari selepas tarikh angkat sumpah semua pengerusi biro perlu melakukan sekurang-kurangnya satu program atau aktiviti sebagai komitmen pertama biro.

Ruslan mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden Kanan, Abdullah Hj Ukin, selaku pengerusi penganjur majlis serta semua yang menjayakannya dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Seramai 57 AMT telah mengangkat sumpah di majlis tersebut.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top