Majikan Didenda RM2,000 Lewat Bayar Gaji Pekerja

gaji.jpg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Mahkamah Majistret Kinabatangan pada Selasa menjatuhkan hukuman kepada satu majikan sektor pembinaan kerana gagal membayar gaji pekerjanya dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh akhir pengiraan gaji.

Majistret Herlina Muse memerintah majikan itu membayar denda RM2,000 atau penjara 30 hari. Majikan itu membayar denda pada hari sama. 

Kelewatan pembayaran gaji adalah kesalahan berat mengikut peruntukan Subseksyen 108 (1) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).

Jabatan Tenaga Kerja Negeri mengingatkan majikan-majikan di negeri ini untuk mematuhi undang-undang buruh negeri. Langkah penguatkuasaan seperti itu bertujuan untuk mendidik majikan di samping membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan undang-undang buruh bagi memastikan kebajikan pekerja dipelihara.

Pegawai Pendakwa Mohd Faizal Louis dari Jabatan Tenaga Kerja menjalankan pendakwaan.- Harian Ekspress

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top