Mahu Kerjasama? Tawarkan Kami Yang Terbaik, Tapi Bersyarat -Warisan

axis-jamman.jpg

Mohd. Azis Jamman dari Parti Warisan (Warisan) hadir bersama penyokong dan pencadang ke pusat penamaan calon di Pusat Pembelajaran Bandaraya Kingfisher pada Sabtu lepas.. FOTO: FACEBOOK MOHD. AZIS JAMMAN

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan politik bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan syarat pakatan berkenaan mampu menawarkan yang terbaik untuk Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tawaran itu khususnya dalam merealisasikan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti pemberian khas 40 peratus hasil negeri yang dikutip kerajaan Persekutuan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penyandang kerusi Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, kesediaan bekerjasama itu termasuk Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) asalkan ada tawaran yang boleh ‘memuaskan’ parti itu demi kebaikan rakyat di negeri ini.

Yakin menang di Sepanggar, Ketua Penerangan Warisan itu menegaskan bahawa pihaknya mempunyai strategi tersendiri jika tawaran itu gagal dipenuhi setelah bersetuju bekerjasama membentuk kerajaan baharu.

“Mungkin PH boleh beri tawaran terbaik dalam sejarah tapi kalau mereka tidak menawarkan yang terbaik dan mungkin PN ada tawaran lain, maka kami mungkin pertimbang. Warisan juga tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan UMNO.

 

Baca seterusnya di Utusan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top