Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh PRN Sabah

Istana-Kehakiman-Putrajaya-020920-FMT-3.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 sementara menunggu penyelesaian pertikaian antara “2 ketua menteri” Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Berikutan keputusan itu, hari penamaan calon dijadualkan esok dan pengundian pada 26 September ini diteruskan.

Selasa lalu, bekas Adun Tamparuli Datuk Jahid @ Noordin Jahim mengemukakan permohonan, dengan menyatakan keputusan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN ke-15 pada 30 Julai perlu ditangguhkan sehingga tuntutan itu ditolak.

Pengerusi panel hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, mahkamah amat menghargai kepentingan menjaga integriti rayuan Musa.

“Bagaimanapun, kami juga berhati-hati untuk menjaga integriti proses demokrasi melalui pilihan raya,” katanya ketika menyampaikan keputusan sebulat suara.

Panel lain adalah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Mary Lim Thiam Suan.

Rahman berkata, panel mempertimbangkan perkara itu dengan serius, demi kepentingan umum mengatasi kepentingan Jahid.

“Kami tidak yakin ini adalah kes yang sesuai dan tepat untuk membenarkan penangguhan. Oleh itu, permohonan ini ditolak,” katanya.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Jahid, kemudian meminta mahkamah menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Musa.

“Kamu perlu menulis kepada mahkamah,” kata Rahman.

Musa hadir mengikuti prosiding hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top