Mahkamah Rendah Syariah Papar Dijadual Siap Ogos 2024 – Armizan

armizan-1-1.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

PAPAR: Projek pembangunan Mahkamah Rendah Syariah Papar yang membabitkan peruntukan RM18.5 juta, kini sedang dilaksanakan dan dijadual siap 25 Ogos 2024, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata hasil tinjauannya ke tapak projek pada Sabtu, projek itu sedang berjalan dengan lancar dan status kemajuan projek adalah pada tahap 7.98 peratus atau enam hari lebih awal daripada dijadualkan.

Armizan berkata pembangunan berkenaan, merupakan projek di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Pelan Pusingan Ketiga 2018.

Agensi pelaksana projek ini adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia serta JKR Sabah. Sungguhpun telah diluluskan pada tahun 2018, namun terdapat sedikit kelewatan sebelum ini yang antara lainnya berpunca daripada isu kesesuaian lokasi, dan projek hanya mula dilaksanakan pada 29 Ogos 2022.

-”Tapak dikenal pasti ialah kawasan berpaya melibatkan implikasi kewangan tambahan. Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan tambahan kos siling projek RM3.5 juta dan nilai terkini projek adalah RM18.5 juta,” katanya berucap selepas sesi taklimat dan tinjauan pelaksanaan projek berkenaan.

Armizan meminta semua pihak terlibat untuk memastikan projek berkenaan dapat berjalan dengan lancar, untuk memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Tinjauan pada hari ini untuk melihat status kemajuan kerja-kerja awal, sekali gus mendapatkan maklum balas sekiranya masih terdapat isu berbangkit,” katanya.

Armizan berkata pembangunan Mahkamah Syariah yang baharu di Papar, merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan Persekutuan demi manfaat penduduk tempatan dan penjawat awam yang terlibat.

Bangunan baharu ini kelak akan membolehkan rakyat memiliki prasarana dan persekitaran perkhidmatan kerajaan yang lebih kondusif, sekali gus meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top