Mahkamah Persekutuan Dengar Kebenaran Merayu 33 Adun Sabah 8 Dis

mahkamah-persekutuan.jpg

Palace of Justice, Putrajaya *** Local Caption *** Pix without caption ***************************************** Good work Well done, Fed Court! A proud moment 4 msia. — Yap 20100123 Views Pg56 - Latif

Kongsi Bersama

Mahkamah Persekutuan menetapkan 8 Dis untuk mendengar permohonan kebenaran merayu oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada Julai lepas.

Kesemua ADUN itu telah mengemukakan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri, bagaimanapun permohonan mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mazuliana Abdul Rashid dalam suratnya telah memaklumkan kepada pihak-pihak dalam kes itu bahawa pendengaran permohonan kebenaran merayu itu akan dijalankan melalui sidang video.

Dalam surat bertarikh 27 Okt tahun ini, beliau berkata pengurusan kes itu akan diadakan pada 17 No melalui e-Review.

Ia juga menyatakan bahawa pemohon yang tidak mahu meneruskan permohonan kebenaran merayu itu boleh memfailkan notis pemberhentian yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

Kesemua 33 ADUN termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, telah memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan pada 10 Sept terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Sept yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan itu, pilihan raya negeri berlangsung pada 26 Sept lepas, yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk gabungan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 38 kerusi manakala Warisan yang menjalin kerjasama dengan PKR dan UPKO hanya memperoleh 32 kerusi.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Jalil dalam keputusan sebulat suara memutuskan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah melaksanakan bidang kuasanya dengan betul mengikut Perlembagaan Sabah dalam membubarkan DUN.

Hakim Abdul Karim berkata panel berpendapat tiada kekhilafan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leonard David Shim semasa beliau memutuskan kes itu tidak boleh diadili (bermaksud tidak boleh dibicarakan di mahkamah) dan dengan itu tidak terbuka untuk semakan kehakiman.

Mahkamah Tinggi semasa menolak permohonan 33 ADUN berkenaan pada 17 Ogos, memutuskan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Sabah semasa memohon Tun Juhar membubarkan DUN dan berkata pengisytiharan untuk membubarkan DUN adalah mengikut perlembagaan dan sah.

Kesemua 33 wakil rakyat itu mendakwa pada 29 Julai bahawa mereka mempunyai majoriti dalam DUN dan mahu Tun Juhar membenarkan mereka mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu, sekali gus menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Mohd Shafie.

 

– Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top