Mahathir Kata Warisan Tidak Mampu Buat Perubahan

mahathir.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Parti Warisan (WARISAN) tidak memiliki kemampuan dan kekuatan jika mahu melaksanakan perubahan melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bharian dalam laporannya semalam memetika bekas Perdana Menteri itu sebagai berkata, WARISAN tidak mempunyai calon yang cukup selain tetap dianggap parti berasal dari Sabah walaupun berjaya melebarkan sayap ke Semenanjung.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berkata, WARISAN pada PRU15, kehilangan beberapa wakil rakyat sekali gus menggambarkan keadaan sebenar parti itu belum cukup kukuh untuk mencabar parti besar lain.

“WARISAN tidak cukup calon, ia masih baharu dan tidak dikenali di Semenanjung, hanya dikenali sebagai parti Sabah. Di Sabah pun ramai keluar WARISAN, apa yang WARISAN boleh buat, tiada,” katanya pada sidang media selepas melancarkan parti PEJUANG Sabah, semalam.

Dr Mahathir mengulas kewajaran sama ada Gerakan Tanah Air (GTA) atau PEJUANG mahu bekerjasama dengan parti di Sabah, khususnya WARISAN bagi menentukan pembentukan kerajaan selepas PRU15 nanti.

Menurut laporan itu lagi, Mahathir menekankan GTA hanya mahu bekerjasama dengan pemimpin atau parti dianggapnya mempunyai kualiti diperlukan iaitu tidak berdepan tindakan undang-undang, tidak rasuah atau berdepan masalah lain.

Katanya, seperti di Sarawak, GTA boleh bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) jika ia mahu bersama dan menolak kerjasama dengan pihak lain.

WARISAN sebelum ini menyatakan, parti itu mahu menjadi ‘kingmaker’ pada PRU15 dengan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah, Labuan dan 26 kerusi Parlimen di Semenanjung.

Sementara itu, mengulas mengenai tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) untuk Sabah dan Sarawak yang disuarakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir berkata beliau bimbang ia hanya janji pilihan raya.

“Jika janji itu ikhlas, kita sokong tapi saya risau ia hanya janji pilihan raya, lepas menang nanti dia buat lain,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata GTA tidak membuat janji kosong kepada Sabah berikutan meletakkan calon atas tiket PEJUANG di 15 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU15 ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top