MAF Akan Terus Minta Cukai Jualan Eksport Komoditi Perikanan Ditangguhkan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan (MAF) akan merayu kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk meminta Cukai Jualan Negeri (SST) yang dikenakan ke atas eksport komoditi perikanan dari Sabah ditangguhkan sekali lagi.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau bersimpati dengan pemain industri sambil menyatakan bahawa situasi COVID-19 tidak berubah sejak Ogos tahun lepas.

“Saya tidak berubah pendirian dalam isu ini. Malangnya, topik cukai bukan di bawah kementerian saya tetapi terletak di bawah Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata SST telah digantung dari Mei hingga Disember tahun lepas dan industri perikanan tidak sepatutnya diminta membayar sebarang cukai terbelakang sekarang.

“Isu penangguhan cukai sehingga keadaan ekonomi bertambah baik telah dibincangkan dengan panjang lebar dengan ketua menteri, yang juga menteri kewangan negeri, tahun lepas.

“Kedua-dua kementerian bersetuju dan memutuskan adalah yang terbaik untuk menangguhkan pelaksanaan SST ke atas eksport komoditi perikanan pada masa itu.

“Memandangkan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya, saya akan cuba sekali lagi untuk memujuk kementerian kewangan untuk mempertimbangkan semula penangguhan cukai itu,” kata beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top