Madius Tanding Di DUN Kiulu?

tandau-2.jpg
Kongsi Bersama

KIULU: Sebelum ini ada cakap-cakap mengatakan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas akan diberi peluang bertanding sekali lagi di DUN Kiulu dalam PRN akan datang.

Jo-Ann kalah di kerusi itu pada PRU lalu di tangan Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai.

Tetapi dua tiga hari kebelakangan ini cerita yang timbul berbeza. Khabarnya DUN Kiulu akan diserahkan kepada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Khabarnya juga yang akan dicalonkan di DUN itu ialah presiden UPKO sendiri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Khabar yang kedua itu nampaknya lebih hampir menjadi kenyataan kerana baru-baru ini Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony membuat kenyataan yang partinya akan bekerjasama dan membantu calon UPKO di Kiulu pada PRN nanti.

Katanya, jentera pilihan raya Warisan di Tuaran akan bergerak dan berjuang sehabis baik bagi memastikan rakan parti mereka sama ada UPKO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP menang di kerusi yang akan ditandingi.

“Pilihan raya kali ini kita akan berjuang bersama UPKO, dan saya bagi pihak Warisan bertekad akan menyokong dan membantu mana-mana calon dari rakan seperjuangan kita khususnya UPKO di kawasan Kiulu ini,” katanya dalam satu majlis di Kampung Bongol, di sini, baru-baru ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top