Madius Hairan Fadillah Tolak Cadangannya

madius-fadillah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden Upko Datuk Seri Panglima Madius Tangau melahirkan rasa hairannya dengan penolakan ketua whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof terhadap cadangannya mengenai perjanjian baharu persekutuan, demikian lapor FMT.

Sambil bertanya apakah Fadillah tidak mahukan pendidikan dan autonomi kesihatan lebih besar untuk negeri itu, Madius turut menteri kerja raya tersebut bahawa Sarawak dan GPS berulang kali meminta lebih banyak kuasa pentadbiran dalam pendidikan dan kesihatan, serta autonomi fiskal lebih besar.

FMT seterusnya memetik Madius sebagai berkata, gesaannya untuk perjanjian persekutuan baharu dibentuk, berikutan kerajaan persekutuan didakwa gagal merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang akan memberi lebih banyak autonomi kepada Sarawak, dengan Sarawak dan Sabah diiktiraf sebagai kerajaan wilayah dan bukan hanya kerajaan negeri.

“Ia bukan penolakan terhadap usaha kerajaan dan Fadillah serta Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk melaksanakan beberapa janji yang terkandung dalam MA63,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa MA63 tidak mengubah sifat “terlalu memusatkan” persekutuan.

Madius juga mendakwa bahawa kedua-dua negeri Borneo itu telah “tertipu” untuk menerima kurang autonomi daripada apa yang diterima Singapura sebagai pertukaran untuk wakil yang berlebihan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, perkara itu tidak membantu dalam melindungi kepentingan kedua-dua negeri.

“Saya ingin berjumpa Fadillah dan Wan Junaidi, serta mana-mana pemimpin lain daripada mana-mana gabungan politik atau parti, untuk memajukan usaha desentralisasi,” katanya.

Kelmarin, dalam menolak gesaan Madius untuk perjanjian persekutuan baharu bagi Sarawak, Fadillah bertanya sama ada Ahli Parlimen Tuaran itu sedar tentang pencapaian di bawah MA63, seperti pembayaran dan peruntukan dana daripada kerajaan persekutuan kepada negeri dan Sabah.

Beliau juga menegaskan bahawa pelaksanaan semua tuntutan bawah MA63 oleh Putrajaya masih dalam proses.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top