Madius Gesa Kerajaan Pusat Dengar Denyutan Nadi Rakyat Sabah, Sarawak

madius.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menggesa kerajaan Persekutuan supaya mendengar denyutan nadi rakyat terutama pandangan akar umbi di Sabah dan Sarawak terutama isu desentralisasi dalam tadbir urus Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata isu itu amat penting dan perlu diberi perhatian.

Oleh itu, beliau yang juga anggota Parlimen Tuaran mencadangkan supaya salah satu daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telahpun dipersetujui untuk ditambah dibawah MOU antara kerajaan dan Pakatan Harapan itu.

Katanya jawatankuasa yang dicadangkan itu ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Desentralisasi dan Majlis Urustadbir Persekutuan- Negeri ataupun Special Parliamentary Select Committee on Federal-State Council and Decentralization.

Madius berkata melalui Jawatankuasa Khas Parlimen itu, kerajaan diyakini dapat mengambil perspektif ‘Tanah Besar Malaysia’ untuk membina dan membangun Malaysia yang Makmur, Inklusif dan Mampan.

Berkata berkata demikian ketika membahaskan RMK12 pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur pada Khamis.

Madius berkata kebelakangan ini semakin ramai yang bercakap tentang jurang pembangunan wilayah di antara Tanah Besar Malaysia dan Semenanjung Malaysia di Dewan Rakyat “hanya kerana mereka memerlukan sokongan dan undi daripada Sabah dan Sarawak”.

“Dulu kalau ada yang bercakap tentang hak-hak Sabah seperti 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963 di label sebagai Anti-Federal dan pasti diambil tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Syukur hari ini di Dewan yang Mulia ini ada sudah yang mencadangkan supaya kerajaan ‘Pandang Ke Borneo’ supaya pembangunan di Wilayah-wilayah Borneo dapat ditingkatkan kepada rakan-rakan yang turut memperjuangkan hak-hak SABAH dan Sarawak, saya ucapkan Terima kasih atas keprihatinan tersebut. Namun pada saya memandang saja ke Borneo tidak cukup,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top