Madius Cadang Tubuh Jawatankuasa Kaji Isu Desentralisasi

madius.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan di Dewan Rakyat bagi mengkaji isu desentralisasi.

Katanya, jawatankuasa tersebut bagi mengkaji pelbagai perkara seperti hal-hal kesihatan dan pendidikan.

“Hal yang kita hadapi hari ini adalah berkenaan dengan masalah doktor kontrak ini, sebenarnya di luar-luar bandar di Sabah, di pusat-pusat klinik kesihatan tidak mempunyai doktor.

“Tetapi dimana silapnya, dimana pusat pusat kesihatan tidak ada doktor atau lebih jelas lagi kita memerlukan pakar-pakar di tempat ini tetapi tidak dipenuhi,” katanya.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian dalam Mesyuarat Khas Parlimen di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurutnya, “apa yang kita lihat hari ini pemusatan kuasa terlalu berpusat di Putrajaya”.

“Ini bererti satu pelan komprehensif peringkat nasional hendaklah diwujudkan dan hendaklah mempunyai elemen desentralisasi.

“Jawatankuasa ini juga membolehkan kerajaan persekutuan dapat menurunkan kuasa ke atas pelbagai perkara bukan sahaja ke peringkat kerajaan negeri tetapi juga di peringkat kerajaan tempatan.

“Pandemik ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa perlunya ada desentralisasi dalam urus tadbir kesihatan.

“Dan Putrajaya tidak boleh memaksa pemikiran untuk tempat-tempat yang lebih besar seperti Sabah dan Sarawak. Ini kerana Sabah dan Sarawak lebih tahu apa yang mereka perlukan,” katanya. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top