MA63: Ewon Cadang Bawa Ke Mahkamah Antarabangsa Jika Susah Sangat Hendak Dilaksanakan

ewon.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Ewon Benedick mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri membawa Perjanjian Malaysia 1963 ke Mahkamah Antarabangsa jika susah sangat untuk dilaksanakan.

“Jika Perjanjian Malaysia 1963 tidak dapat dilaksanakan atau gagal dilaksanakan, kenapa kita tidak bawa perjanjian ini ke Mahkamah Antarabangsa untuk menentukan keabsahannya?” katanya.

Ewon turut meminta Ketua Menteri menjelaskan pendirian rasmi Kerajaan Negeri berhubung dengan syor yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jeffrey Kitingan sepertimana dilaporkan media agar satu perjanjian baharu dibuat oleh Sabah, Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Pada pandangan saya, perjanjian baharu tidak wajar dibuat selagi ianya tidak melibatkan pihak-pihak asal yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 tersebut atau sekurang-kurangnya keabsahan itu diputuskan di Mahkamah Antarabangsa,” katanya.

Ewon menyatakan demikian semalam di Dewan Undangan Negeri dalam ucapan perbahasan beliau ke atas ucapan dasar kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top