LPPS Serah Dividen Kepada Kerajaan Negeri

dividen-lpps.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin pagi ini menyampaikan dividen dari Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Negeri Sabah (LPPS) bagi tahun 2019 bernilai RM2,743,636.00 kepada Ketua Menteri Datuk Seri  Panglima Hajiji Mohd Noor di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Penyampaian itu dibuat sebelum mesyuarat kabinet berlangsung.

Turut menyaksikan majlis penyerahan replika cek itu ialah dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima  Dr Jeffrey G.Kitingan dan Dr Joachim Gunsalam, Setiausaha Tetap Kementerin Kerja Raya Mohd Jasmin Juplin, Pengerusi LPPS Datuk Dr Zaki Gusmiah  dan Pengurus Besar LPPS  Felix Liangson.

Ketika ditemui selepas majlis tersebut Bung yang juga Adun Lamag berharap prestasi keuntungan perniagaan LPPS dapat dipertahan serta dipertingkatkan pada masa akan datang walaupun ketika ini berhadapan pelbagai cabaran terutamanya ketika penularan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara dan negeri.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top