LPPB Tubuh Pasukan Petugas Khas Tangani Kegagalan Projek

masiung.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABAU: Satu pasukan petugas akan dibentuk untuk mengenalpasti kelewatan projek hartatanah melibatkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah.

Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah, berkata pasukan petugas itu nanti akan dianggotai oleh pihak berkuasa tempatan, Jabatan Tanah dan Ukur, Polis dan LPPB.

” Tumpuan harus difokuskan kepada projek yang tertangguh sekian lama dan cadangan itu perlu distruktur semula bagi menambahbaik pengurusan agensi berkenaan.

” Isu hartatanah kerajaan yang gagal dilaksanakan hendaklah diutamakan menerusi perancangan segera dan holistik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau memberi reaksi demikian selepas diberi taklimat oleh Pengurus Besar LPPB, Rosemary Aphing pagi kelmarin.

Masiung berkata, wujud kelemahan dalam pengurusan teknikal yang menyumbang kepada kelewatan memulakan sesuatu projek dan ia perlu segera diperbetulkan terutama melibatkan pelaburan pemaju.

Menurutnya, ada sesetengah kontrak membina bandar baharu telah ditandatangani sejak 10 tahun lalu tetapi gagal dilaksanakan kerana pelbagai masalah melibatkan tanah dan setinggan.

Katanya, pasukan petugas itu juga akan merangka pelan stretegik untuk mempercepatkan cadangan bandar baharu dan projek perumahan yang telah dan sedang dirancang.

Beliau menyatakan kebimbangan masalah kelewatan memulakan sesuatu projek akan menyumbang kepada peningkatan kos selain mengundang kerugian besar kepada kerajaan negeri.

Terdahulu pada Jumaat,  Masiung membuat lawatan kerja di tapak cadangan pembinaan bandar baharu terletak Kampung Kopongit di sini.

Projek yang menelan belanja RM230 juta itu tertangguh pembinaanya selama 10 tahun walaupun perjanjian dengan pemaju telah ditandatangani pada tahun 2000.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut dilantik Pengerusi LPPB minggu lalu menggantikan Tan Sri Wences Angang. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top