LPPB bina 225 unit Rumah Kos Rendah untuk B40 di Sabah

Dr-Joachim.jpg

Dr Joachim bersama Ketua Menteri, DSP Hajiji Haji Noor di DUN Sabah hari ini. (Kredit foto: FB Dr Joachim Gunsalam)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 225 unit Rumah Kos Rendah akan dibina oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) melalui agensi pelaksananya Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dalam Rancangan Malaysia Ke DuaBelas (RMKe12) 2021 – 2025.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri KKTP, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, Rumah Kos Rendah itu adalah khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan B40 dengan harga jualan RM47,000 seunit.

Menurutnya, buat masa ini pembinaan Rumah Kos Rendah itu sedang dilaksanakan di lima program iaitu Fasa Tiga Kemabong Tenom membabitkan 50 unit rumah berkembar manakala Fasa Pertama Sukau Kota Kinabatangan, Melalap Tenom dan Pitas masing-masing 50 unit rumah teres.

“Fasa Pertama di Beluran membabitkan 25 unit akan mula dilaksanakan pada September tahun ini manakala Fasa Pertama di Pitas akan dimulakan pada tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin yang bertanyakan apakah cadangan untuk membina Rumah Kos Rendah sama ada untuk disewa atau dibeli untuk golongan B40 di Sabah lokasi pembinaan serta bilangan rumah yang akan dibina.

Joachim berkata, program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan akan diteruskan pelaksanaannya di dalam RMKe13 yang akan datang.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak LPPB sudah membina sejumlah 29,218 unit rumah kos rendah sejak RMKe1 hingga RMKe11.

Sumber: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top