LPKP Diminta Benarkan Teksi Bermeter Beroperasi Di Lapangan Terbang

teksi.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah diminta untuk membenarkan teksi bermeter beroperasi di lapangan terbang di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Teksi Seluruh Sabah, Hiew Su Vun berkata pemandu teksi sudah sangat terjejas akibat impak penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Pemandu teksi hanya berharap kepada kehadiran penumpang dalam sesuatu kawasan terutamanya di tempat tumpuan orang ramai.

“Ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) penumpang berkurangan secara mendadak sehingga menyebabkan pengusaha teksi tidak memperolehi pendapatan,” katanya.

Menurutnya, Persatuan Teksi Seluruh Sabah berharap LPKP Sabah akan pertimbangkan permohonan pengusaha teksi bermeter untuk mengambil penumpang di semua lapangan terbang di negeri ini.

“Memandangkan pemandu “e-hailing” boleh mengambil penumpang di lapangan terbang, maka kehadiran teksi bermeter dapat memantapkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.

“Kebenaran itu juga dapat mengatasi masalah pengusaha teksi bermeter yang sudah terjejas pendapatan selama pelaksanaan PKP di negara ini,” katanya.

Hiew berkata, pihaknya juga memohon jasa baik dan kerjasama pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk menyediakan tempat menunggu kepada penumpang.

“Saya yakin dengan kerjasama dan keprihatinan pihak LPKP dan MAHB, masalah yang ditanggung oleh pengusaha teksi bermeter dapat diatasi dengan segera,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top