LPBB Kenal Pasti Kawasan Berpotensi Untuk Dibangunkan Di Papar – Masiung

masiung-1.jpg

Masiung

Kongsi Bersama

PAPAR: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar  Negeri Sabah (LPPB) telah mengenal pasti beberapa kawasan di sekitar daerah ini untuk dbangunkan.

Pengerusinya, Datuk Masiung Banah berkata, pihaknya telah melakukan tinjauan di lokasi-lokasi berkenaan,, termasuk tanah milik LPPB.

“Saya berpuas hati bahawa tapak-tapak yang ditinjau itu berpotensi untuk dibangunkan dan perancangan yang lebih teliti akan diadakan bagi tujuan membangunkan tapak-tapak tersebut,” katanya.

Antara tapak berpotensi yang ditinjau itu ialah di sekitar Kampung Kopimpinan dan juga Kampung Kawang.

Dalam perancangan awal tapak seluas 136 ekar di Kampung Kopimpinan akan digunakan untuk membangunkan perumahan penjawat awam, manakala tapak dengan keluasan 100 ekar di Kampung Kawang untuk membina kira-kira 1,200 unit rumah kos rendah.

“Semua ini perlukan perancangan dan perincian rapi sebelum dimuktamadkan untuk pelaksanaan,” kata Masiung, yang juga ADUN Kuamut.

Katanya, bagi tapak-tapak lain yang telah ditinjau, pihaknya belum membuat apa-apa perancangan  namun yakin semuanya berpotensi untuk dibangunkan.

Turut sama dalam tinjauan itu ialah Pengurus Besar LPPB Rosemary Ahping, Pengurus Pembangunan Komersial Dellah Sinidol, serta beberapa Kakitangan LPPB.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top