Lori 10 tan terbabas di Kota Marudu, pemandu maut

Lori-maut.jpg

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit.

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Seorang pemandu maut selepas lori 10 tan membawa muatan pasir yang dipandunya terbabas di Jalan Kampung Mangaris di sini, pada Sabtu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbi Hajat, kejadian jam 7.40 pagi itu membabitkan mangsa berumur 68 tahun yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi bersama jentera jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebaik menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 7.49 pagi.

“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi, kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan membawa muatan pasir terbabas sendiri di tepi jalan.

“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba menggunakan peralatan khas (Hydraulic Jack),” katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.10 pagi selepas memastikan keadaan selamat,” katanya.

Sumber: Sabah Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top