Lokasi Tapak Tanah Cadangan Pekan Baharu Melalap Hak Milik LPPB

rubin-balang-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang memberitahu bahawa lokasi tapak tanah cadangan pekan Melalap atau pekan baharu Melalap adalah hak milik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

“Tanah itu asalnya adalah dimiliki oleh Harrison Malaysia Plantation Berhad yang mana telah ditukar milik kepada Syarikat Golden Hope Sdn. Bhd dan terkini kepada Sime Darby Plantation Sdn. Bhd,”kata Rubin.

Katanya, penyerahan tahah tersebut melalui Ordinan Pengambilan Balik Tanah (CAP69) untuk tujuan pembangunan Pekan Baru Melalap.

“Berdasarkan kepada jawapan bertulis daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ketika Mesyuarat Kedua Penggal Pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kelmarin, proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah Bab 69 Pekan Baru Melalap telah diwartakan melalui Warta Pemberitahuan No. 167/2016 pada 8 September 2016 dan diulangi pada 15 September 2016.

“Pihak LPPB telah memohon keseluruhan kawasan Pekan Baru Melalap pada November 2016 di bawah PT.2016161047 dan telah diluluskan dalam Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC),”katanya.

Menurut Rubin, cadangan pekan baru itu meliputi kawasan seluas lebih kurang 257 ekar dan akan memperuntukkan tapak seperti kawasan perniagaan, kawasan perumahan, tanah kegunaan agensi/ jabatan kerajaan, kemudahan masyarakat, kawasan lapang dan sebagainya.

Rubin juga memberitahu bahawa pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga menjelaskan bahawa pihak LPPB telah melaksanakan beberapa projek pembangunan infrastruktur dan prasarana asas di pekan baharu sejak RMK10 dan melalui peruntukan daripada Kerajaan Negeri.

“Saya juga diberitahu bahawa bagi pembangunan komersial, pihak LPPB bercadang untuk membina sebanyak 500 unit rumah kedai secara berfasa di pekan baharu ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi pekan berkenaan.

“Pada tahun 2023, pihak LPPB akan membina sebanyak 50 unit rumah kos rendah di pekan baharu berkenaan khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan B40,” katanya.

Dalam pada itu, Rubin berkata bahawa beliau turut diberitahu oleh Menteri Belia dan Sukan tentang hasrat kementerian untuk menarik-taraf padang bola sepak Pekan Kemabong sebagai Kompleks Sukan.

“Saya diberitahu, setakat ini, Kementerian Belia dan Sukan belum mempunyai perancangan untuk membina Kompleks Sukan mahupun menaiktaraf padang bola sepak Pekan Kemabong, sebaliknya akan menumpukan kepada kerja-kerja naiktaraf di Kompleks Sukan Tenom.

“Peruntukan bagi Kerja-Kerja naiktararf kemudahan Sukan di Kompleks Sukan Tenom telah diluluskan dibawah RMK12 (Biayaan Kerajaan Persektuan dan dijangka akan bermula pada tahun 2021,” ujar beliau lagi.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top