Lokasi Baharu SJR Di Tambunan

lampu-solar-sjr-tambunan.jpg
Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Sebuah lokasi baharu dikenalpasti untuk dijadikan SJR di Tambunan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) hari ini.

Pegawai Daerah Tambunan, Jumain Abdul Ghani diiringi anggota JPBD sudahpun mengadakan tinjauan ke lokasi baharu tersebut pagi tadi iaitu di jalan Kg.Sunsuron,Tambunan dan sekali gus mengenalpasti keperluan peralatan yang akan digunakan yang antaranya ialah perataan kawasan termasuk jalan raya yang akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya manakala selainnya ialah set kanopi dan 4 lampu solar memandangkan kawasan berkenaan tidak berlampu.

Pada sebelah petangnya pula, Ketua Biro Kebajikan parti STAR Tambunan, Dr James Liew menyumbangkan secara peribadi 4 set lampu solar berkenaan bagi mewakili ADUN Tambunan yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Jeffrey kini masih lagi berada di ibu negara bagi menghadiri Sidang Parlimen.

Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada JPBD pada esok, kata sumber dari Pusat Wakil Rakyat Daerah Tambunan kerana SJR Sunsuron dijangka akan bermula esok.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top