Loji Rawatan Air Kogopon penuhi keperluan pengguna di pantai barat selatan – Ghulam

ghulam.jpg

Datuk Seri Ghulam Haidar

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Kogopon di Papar yang sedang dalam pelaksanaan, mampu memenuhi keperluan lebih 160,000 pengguna di pantai barat selatan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Beliau berkata ia meliputi pengguna di daerah Papar sehingga ke Putatan, Kinarut, Lok Kawi serta sekitarnya.

Sambil mengalu-alukan pelaksanaan projek air Kogopon itu, beliau berkata ia adalah bukti komitmen kerajaan menangani isu melibatkan keperluan rakyat.

Ketika berucap membahas Belanjawan Sabah 2024 di DUN Sabah, Ghulam berkata sejumlah RM679.85 juta diperuntukkan kerajaan menerusi belanjawan tahun depan untuk mengurus dan menangani masalah kekurangan bekalan air bersih yang kritikal.

Katanya, di bawah Program Bekalan Air Negeri biayaan Kerajaan Negeri, Jabatan Air Negeri Sabah diperuntukkan RM156.77 juta bagi melaksanakan program penyelesaian serta merta dan jangka pendek.

“Sementara bagi bagi program penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang, peruntukan RM258.05 juta akan dibiayai di bawah Program Pinjaman Mudah Persekutuan sebagai tindakan penyelesaian bekalan air di daerah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu,” katanya.

Ghulam juga berkata sementara menunggu beroperasinya Loji Rawatan Air Telibong dan Kogopon, kerajaan turut menstrukturkan semula Jabatan Air Negeri Sabah bagi memperkasa operasinya.

Ini termasuk menangani isu Non Revenue Water (NRW) yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

“Difahamkan dalam tempoh lima bulan ini, usaha itu sudah membuahkan hasil apabila kadar NRW ini berjaya dikurangkan daripada 60 peratus sebelum ini kepada 51 peratus setakat awal bulan ini,” katanya.

Beliau turut berkongsi satu lagi khabar gembira mengenai pelaksanaan projek empangan hidroelektrik bernilai RM4 bilion di Ulu Padas, Tenom, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurutnya, projek itu adalah perancangan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu bekalan air dan elektrik di negeri ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top