LKTNS Peruntukkan hampir RM1 Juta Baikpulih 100 Rumah Peneroka

Ghani-Nabawan.jpg
Kongsi Bersama

NABAWAN:Hampir RM1 juta diperuntukkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) bagi membaikpulih 100 rumah termasuk 12 buah rumah bina baharu kepada peneroka dan peserta LKTNS di seluruh Sabah bagi fasa pertama tahun 2021.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin, berkata, ini merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR )LKTNS melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)Persekutuan dalam menjaga kebajikan para peneroka dan perserta.

“Kita berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

“Begitu juga kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang telah membantu kita sebagai kerajaan prihatin yang membantu rakyat,” katanya kepada media selepas melawat rumah para peserta ladang LKTNS  Skim Nabawan pada Khamis.

Ghani yang juga ADUN Nabawan berharap ini akan berterusan dan banyak lagi masalah yang akan dibantu selain daripada bantuan-bantuan yang diberikan pada masa ini.

Katanya, bagi daerah Nabawan sebanyak 20 rumah peserta dibawah program ini akan dibaikpulih dan bina rumah baharu.

Turut sama dalam lawatan itu Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul R. Joddari, Pengurus LKTNS Wilayah Barat Jasni Mohd Yussof, Penolong Pegawai Daerah Nabawan(Pentadbiran) Hasinin Kinsim, Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Roger Appolonius, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai dan Pengurus-Pengurus Unit LKTNS. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top