LKPIM Tawau Serah Sumbangan Mangsa Kebakaran

hamisa.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Seramai 67 mangsa kebakaran dari empat buah kampung di sini menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Perhubungan Sabah Cawangan Tawau di sini semalam.

Ia disampaikan oleh pengerusinya, Datuk Hamisa Samat.

Menurut Hamisa, biarpun sedikit, sekurang-kurangnya sumbangan itu dapat meringankan bebanan dan diharap dapat memberi semangat baharu kepada mangsa.

Beliau turut mengingatkan masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang dibina rapat agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam penggunaan peralatan elektrik dan ketika memasak bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran.

Katanya, walaupun kebakaran adalah sebagai satu malapetaka yang tidak dapat dielak, namun sikap berwaspada dan berhati-hati pada setiap masyarakat membolehkan kejadian tidak berulang.

Beliau juga meminta masyarakat setempat agar berhati-hati menjaga aspek keselamatan terutama ketika musim panas yang boleh menyebabkan kebakaran mudah merebak dengan cepat.

“Di samping itu, kejadian seumpama ini perlu dijadikan iktibar kepada penduduk lain agar sentiasa mematuhi segala aspek keselamatan kediaman,” katanya.

Penerima masing-masing dari empat buah kampung iaitu Kg. Otentik Tanjung Batu Darat, Kg.Imam Jalilul Tanjung Batu Keramat, Kg. Muhibbah Raya dan Kg. Buaya Batu 3 Apas. – Sabah News


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top