Limus Gesa JKR Sabah Tingkatkan Pengurusan, Sistem Penyampaian

limus-jury.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Limus Jury berkata, pengurusan Jabatan Kerja Raya negeri, termasuk sistem penyampaian perlu ditingkatkan bagi memastikan pelaksanaan semua projek, khasnya membabitkan jalan raya lebih cekap.

Katanya, projek pembinaan jalan raya di Sabah perlu disiapkan mengikut jadual bagi mengelakkan projek lain tidak dapat dilaksanakan dan pembangunan negeri terbantut.

“Jalan raya mempunyai kaitan rapat dengan kemajuan dan pembangunan sosio ekonomi secara menyeluruh.

“Apa yang penting ialah penekanan terhadap projek yang telah lulus hendaklah disiapkan mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan terbabit dengan segera,” katanya selepas menghadiri taklimat cawangan lebuh raya Jabatan Kerja Raya Sabah.

Beliau berkata, JKR Sabah, khususnya cawangan lebuh raya memberikan komitmen sangat baik, terutama dalam aspek pengurusan projek jalan membabitkan perancangan, reka bentuk dan pembinaan sistem rangkaian lebuh raya berkualiti.

“Bagaimanapun, terdapat keperluan penambahbaikan yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa, terutama dari segi perkhidmatan profesional yang berkualiti.”


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top