Lima Wanita Dilantik Ahli Majlis Daerah Tambunan

ahli-majlis-tambunan.jpg
Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Pelantikan lima wanita sebagai Ahli Majlis Daerah Tambunan menandakan komitmen kerajaan untuk melibatkan lebih banyak wanita dalam pentadbirannya di semua peringkat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengatakan bahawa pelantikan itu bagaimanapun tidak boleh dilihat hanya bertujuan memenuhi kuota 30% untuk wanita.

“Mereka adalah individu yang berkelayakan dan layak dilantik sebagai ahli majlis untuk daerah Tambunan.

“Saya yakin pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang akan membantu meningkatkan status majlis daerah,” katanya dalam ucapan selepas menyaksikan Majlis Sumpah di pejabat Majlis Daerah Tambunan di sini pada hari Khamis.

Lima wanita itu ialah Julita Ajun, Helen James, Paula @ Paulina Domian @ Andoi, Bibi @ Idah Ariffin dan Mariani Asri.

Selebihnya yang dilantik ialah Dato Peter Kuling, Jewin @ Patrick Paunil, Yusip Alexius Kiob, Justin Yonsiding, Christopher Podtung, Hussein Hassan, Wilfreddoline Jochim Jakil, James Liew Tze Yun, Sammy Martin, Julius Peter, Geoffrey Yong dan Terence Yong.

Jeffrey yang juga ADUN Tambunan turut menggesa ahli-ahli majlis yang baharu itu untuk saling bekerjasama dan beriltizam menjadikan daerah ini sebagai majlis daerah terbaik di negara ini.

Dalam pada itu Jeffry, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah menjelaskan hasratnya melihat kemungkinan untuk menghidupkan kembali industri buluh di daerah ini.

Dengan itu, satu kawasan penanaman buluh akan diwujudkan bagi membolehkan industri itu lebih mampan dengan bekalan bahan mentah yang berterusan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top