Lima lokasi hotspot wabak aktif demam denggi dikesan di negeri ini dengan tiga kes direkodkan di Kota Kinabalu dan dua lagi di Tawau, setakat semalam.
Wabak denggi di Kota Kinabalu dilaporkan meliputi kawasan Taman Kuala Menggatal Fasa Dua (dua kes), Taman Ridge View (dua) dan Taman Ridgeview Fasa 12 (dua).
Manakala di Tawau melibatkan kawasan Kg Pukat Tanjung Batu Laut (empat kes) dan Ranggu Saujana (tiga), namun status wabak di semua lokasi diklasifikasikan terkawal.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi mendedahkan sehingga 19 Februari juga, negeri ini merekodkan 277 kes dengan tujuh pertambahan kes baharu.
Kes-kes baharu terbabit dikesan di daerah-daerah seperti Kota Kinabalu (dua kes), Tawau (satu), Sandakan (satu), Putatan (satu), Kota Belud (satu) dan Kunak (satu).
Statistik kes tertinggi direkodkan di Kota Kinabalu dengan 69 kes, diikuti Tawau (52), Semporna (24), Sandakan (14), Lahad Datu (12), Putatan (lapan) dan Tuaran (tujuh).
Kota Belud enam kes, Keningau (lima), Papar (lima), Penampang (lima), Pitas (tiga), Beluran (tiga),Kudat (tiga) Ranau (dua), Sipitang (dua), Kuala Penyu (dua) dan Kunak (dua).
Tambunan, Tongod dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes, sementara daerah lain seperti Kota Marudu, Kinabatangan, Beaufort dan Tenom setakat ini pula sifar kes. – Utusan Borneo