LIGS sumbang RM2 juta kepada Kerajaan Negeri

LIGS-Hajiji.jpg

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima sumbangan RM2 juta daripada Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Encik Sabdil Tanjong dan Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Selasa.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor oleh Pengurus Besar LIGS, Encik Sabdil Tanjong bersama Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya semasa mengadakan kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Selasa.

Menurut Sabdil, jumlah sumbangan itu meningkat sebanyak 33% berbanding tahun lalu sebanyak RM1.5 juta.

Katanya, sumbangan ini adalah berdasarkan prestasi kewangan LIGS yang baik pada tahun 2023 dan manifestasi semangat LIGS untuk berkongsi hala tuju untuk membangunkan negeri Sabah.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di pejabatnya, di sini pada Selasa.

Aris yang sebelum ini bertugas sebagai salah seorang Direktor Badan Pembinaan Ideologi Pancasila Republik Indonesia (The Pancasila Ideology Development Agency) menggantikan Ibu Heni Hamidah. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top