LIGS Sangkal Dakwaan Penipuan Dalam Pembelian Getah

getah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menafikan dakwaan penipuan dalam pembelian getah daripada pekebun kecil sebagaimana yang tular baru-baru ini.

Pengerusinya, Edward Linggu berkata, dakwaan yang dikatakan berlaku di Tenom itu adalah tidak benar.

Beliau berkata berdasarkan siasatan LIGS, isu yang disebut dalam mesej suara yang tular itu berlaku di Keningau pada November tahun lepas dan telah diselesaikan pada masa kejadian.

“Ia berpunca daripada kesilapan pegawai pembeli getah Lembaga semasa merekodkan  kiraan karung getah pekebun kecil tersebut.

“Pegawai itu merekodkan 21 guni berbanding 22 guni semasa mengira bayaran kepada pekebun kecil getah berkenaan. Kesilapan itu dikesan oleh pekebun tersebut iaitu Peter Anjimin dan dia memaklumkan kepada pegawai yang segera membetulkan jumlah itu,” kata Linggu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Linggu menegaskan adalah menjadi tanggungjawab sosial LIGS untuk membeli produk pekebun kecil getah secara terus daripada mereka di kampung-kampung,

Oleh itu tidak timbul isu kampung tercicir kerana terdapat jadual perkhidmatan yang disediakan oleh LIGS kepada pekebun kecil.

Sementara itu Anjimin kesal kerana rakaman suaranya dijadikan punca isu yang tular di WhatsApp.

“Isu itu telah lama diselesaikan jadi sila hentikan menghantar mesej suara untuk menghentikan kekeliruan. Saya merayu kepada pihak berkenaan supaya berhenti memutar belit dan mempermainkan perkara yang berlaku beberapa bulan lalu,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top