Lif Jatuh Dari Tingkat Lapan, Dua Individu Patah Kaki

lif-jatuh.jpg

Dua yang tercedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut. - Bomba Kuala Lumpur

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Dua termasuk seorang wanita patah kaki manakala empat lagi selamat apabila lif dinaiki mereka di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, jatuh dari tingkat lapan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.52 malam Jumaat.

“Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati terdapat terdapat enam individu dalam lif yang terjatuh dari tingkat lapan,” kata kenyataan itu

Mereka terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Dua yang tercedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.-AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top