Liew Yun Fah dilantik Penasihat PPN Sabah

Liew-Yun-Fah.jpg

Tan Sri Liew Yun Fah

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah hari ini mengumumkan pelantikan bekas Menteri Belia dan Sukan Negeri, Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah sebagai penasihat pertubuhan itu.

Pengerusi PPN Sabah, Datuk Mohd.Nazri Abdullah berkata, Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPN Sabah memutuskan pelantikan Liew sebagai penasihat PPN Sabah.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat AJP PPN Sabah di pejabat PPN Sabah, Kolombong.

“Dengan pelantikan itu, beliau yang turut terlibat dalam sektor pertanian dan industi makanan dapat membantu pembangunan para peladang di negeri ini “, katanya pada sidang media semalam.

Mohd Nazri berkata, PPN Sabah yakin dan percaya Liew dapat memberikan sumbangan bakti yang berkesan dalam membantu masyarakat peladang di Sabah.

Liew merupakan Pengerusi Kumpulan DESA, sebuah syarikat GLC Kerajaan Negeri yang terlibat dalam sektor pertanian, terutama sub sektor ternakan dan pengeluaran makanan.

Mohd Nazri turut mengumumkan PPN Sabah akan menceburi perniagaan beras di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya tidak lama lagi.

“Kita juga akan mengembangkan perniagaan-perniagaan tertentu yang melibatkan pengeluaran makanan untuk pasaran tempatan dan luar Sabah, terutama negara Brunei Darussalam dan Nusantara Indonesia.

“Kita merancang untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk diterokai, supaya PPN Sabah dapat menjana lebih banyak pendapatan,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top