‘Lesen terbang’: Warga asing jadi orang tengah direman

lesen-terbang.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Seorang lagi individu yang terlibat dalam kes rasuah membabitkan pengeluaran ‘lesen terbang’ direman selama tujuh hari.

Lelaki warga asing berusia 40-an yang berperanan sebagai ‘orang tengah’ ditahan reman bermula Rabu sehingga 29 November depan untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ryan Sagiran Rayner Junior selepas pihak S membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Lahad Datu di sini.

Suspek sebelum itu ditahan SPRM selepas disyaki sebagai orang tengah yang bersekongkol dengan penguat kuasa dalam pengeluaran lesen terbang tanpa perlu mengambil ujian memandu dengan nilai wang rasuah kira-kira RM300,000.

Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang Selasa ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2021 dan 2022 serta disyaki memberikan wang rasuah kepada penguat kuasa sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan empat anggota Sinar Harian pada Isnin melaporkan empat anggota penguat kuasa berusia lingkungan 30-an itu ditahan SPRM Sabah selepas disyaki menerima rasuah untuk keluarkan lesen terbang kepada calon yang mengambil lesen memandu.

 

Berita asal: Sinar Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top