Lesen pengusaha pelancongan yang langgar undang-undang di Sabah akan dibatalkan

christina-liew.jpg

Datuk Christina Liew. (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lesen operasi pengusaha pelancongan yang melanggar undang-undang akan dibatalkan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.

Menurut The Star, Liew berkata demikian berikutan penahanan 11 orang, termasuk lapan warga China, yang didakwa menceroboh perairan Filipina semasa ekspedisi memancing dari Semporna pada Ahad lepas.

“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku aktiviti rentas sempadan yang tidak dibenarkan,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata pengusaha pelancongan harus sedar bahawa menceroboh wilayah negara lain adalah haram dan menyalahi undang-undang.

“Kami (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) akan meminta Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) untuk membatalkan lesen pengusaha pelancongan yang didapati melanggar undang-undang,” katanya memberi amaran.

Liew mengecam tindakan pengusaha pelancongan yang tidak sepatutnya mendedahkan pelancong kepada bahaya.

Beliau berkata KePKAS akan bekerjasama sepenuhnya dengan agensi penguatkuasaan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis marin dalam mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengusaha pelancongan yang ingkar.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top