Lepas Didakwa, Yasin Minta Syed Saddiq Usahakan Kelulusan Ganja Perubatan

yasin.jpg

Yasin Sulaiman, hari ini didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dan menanam pokok ganja.

Kongsi Bersama

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman, yang berdepan dua pertuduhan atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya hari ini meminta Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengusahakan agar ganja perubatan diluluskan di parlimen.

“Sampaikan salam kepada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” pesannya kepada wartawan ketika tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Kegiatan menanam ganja dijalankan penyanyi terbabit terbongkar selepas kediamannya diserbu polis pada 24 Mac lalu.

Dalam serbuan itu polis menemui 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Polis turut menemukan dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

 

Baca seterusnya di Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top