‘Lembaga Disiplin Panggil Saya Isnin Ini, Tapi Hari Ini Saya Sudah Digantung’ – Noh Omar

ts-noh.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: “Lembaga disiplin panggil saya Isnin ini. Tetapi saya sudah digantung hari ini. Apa ni?”

Itu soalan yang dibangkitkan oleh bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar sebagaimana dilaporkan oleh FMT.

Noh membangkitkan soalan itu susulan penggantungan yang membawa kepada pemecatannya dari UMNO malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan, Noh akan dipanggil memberi keterangan pada lembaga disiplin parti pada 30 Januari ini.

Turut dipanggil ialah beberapa pimpinan tertinggi UMNO kawasan Tanjong Karang dengan alasan mensabotaj parti dan berkempen untuk calon lain ketika PRU15 lalu.

Dalam surat itu juga, lima individu berkenaan diminta menghadiri sesi pendengaran oleh lembaga disiplin pada 2.30 petang di ibu pejabat UMNO bagi tujuan pendengaran aduan dan membuat perakuan atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, Noh dipecat dari parti itu.

Pada mulanya MKT memutuskan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu digantung keahlian selama enam tahun.

Noh bagaimanapun meminta supaya dipecat terus kerana menyifatkan keputusan mengantungnya selama enam tahun tidak memberi sebarang makna.

Menurut Noh, alasan pemecatan itu tidak dijelaskan secara terperinci, namun presiden memaklumkan ia adalah keputusan lembaga disiplin parti.

Namun beliau mempersoalkan tindakan itu kerana menurutnya dia dipanggil oleh lembaga disiplin pada Isnin, tetapi hukuman terhadapnya dilaksanakan lebih awal.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top