Lelaki warga asing ditahan ugut rakan sekerja guna parang

ugut-kawan.jpg

Suspek berjaya ditahan bersama senjata parang dan tukul besi di sebuah rumah tidak bernombor.

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mengugut rakan sekerjanya menggunakan senjata parang di Kampung Pitas, di sini, kelmarin.

Suspek lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bombalai, kira-kira jam 11.42 malam di sebuah rumah tidak bernombor.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang lelaki berusia 53 tahun, pada jam 9.37 malam.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi semasa mangsa menunggang motosikal ke tempat kerja di sebuah kilang di Kampung Pitas.

“Suspek telah membaling batu dan mengeluarkan sebilang parang sebelum menyerang serta melibas ke arah mangsa.

“Namun, mangsa bernasib baik selepas berjaya mengelak terkena parang berkenaan dan terus melarikan diri,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, perkara itu berlaku dipercayai disebabkan perselisihan faham akibat pemasangan pagar sempadan antara kilang.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bombalai kerana suspek telah mengugut berkali-kali untuk mencederakan mangsa,” katanya.

Jasmin berkata, bertindak atas maklumat yang diberikan, sepasukan anggota polis telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

“Polis berjaya menahan suspek serta membuat rampasan sebilah parang panjang dan tukul besi dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek kemudian di bawa ke Balai Polis Bombalai untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top