Lelaki Tertua Di Miri Meninggal Dunia

lelaki-tertua-miri.jpg
Kongsi Bersama

MIRI: Lelaki tertua di Miri, Sebli Mat berusia 110 tahun meninggal dunia di kediaman menantunya di Luak kira-kira jam 7.30 malam Ahad.

Beliau meninggal dunia akibat sakit tua dan jenazah diuruskan dan dimandikan di Masjid Darul Istiqamah Luak.

Sebaik sahaja selesai solat jenazah, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Belubuh.

Sebli meninggalkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Arwah pernah mendapat perhatian media pada tahun 2015 apabila menjadi jemaah lelaki tertua yang mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah.

Dilahirkan 21 Februari 1911, Sebli direkodkan sebagai jemaah haji Malaysia tertua untuk musim haji 1436H ketika itu.

Sebli, kelahiran Kampung Haji Wahed Miri, pernah bekerja dengan sebuah syarikat minyak terkemuka yang beroperasi di Miri ketika di usia mudanya, nyata sentiasa positif dalam hidupnya, menjaga pemakanan dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top