Lelaki Tempatan Didenda RM10,000 Palsukan Maklumat Kad Pengenalan

tukul-mahkamah.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman denda terhadap seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu permohonan kad pengenalan, tujuh tahun lalu.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh,56, membuat pengakuan bersalah mengikut Peraturan 25(1)(b) PPPN 1990 (pindaan 2007).

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan sijil lahir nombor daftar TWU8239/91 milik orang lain dan bukan kepunyaan tertuduh untuk mendapatkan dokumen kad pengenalan, di Jabatan Pendaftaran Negara daerah Kunak, jam 1 petang pada 21 Ogos 2016.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia, Nurul Fariza Abdullah.

Nurul Fariza dalam hujahnya memohon hukuman berat ke atas tertuduh kerana perkara ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan tindakannya telah menyebabkan pemilik sebenar tidak dapat memproses kad pengenalan.

Katanya, perkara ini juga boleh mengganggu keselamatan dan kedaulatan negara sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap tertuduh dan ia boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh didenda sebanyak RM10,000, gagal bayar dipenjara selama 20 hari. Bagaimanapun, tertuduh bertindak membayar denda tersebut.-UTUSAN BORNEO

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top