TAWAU: Seorang lelaki pengsan dan kemudiannya meninggal dunia semasa melakukan aktiviti mendaki di Bukit Pancang, di sini, petang semalam.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu menerusi talian MERS999 pada jam 2.50 petang.
Katanya, pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau diketuai Pegawai Operasi, PBK II KUP Ramli Rahman bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjalan ke lokasi mangsa sejauh 3 kilometer.
Setiba di lokasi, mereka mendapati mangsa, Shang Yun Hai, berusia 43 tahun, telah meninggal dunia disahkan oleh Pegawai Perubatan (KKM) di lokasi kejadian.
Pasukan Bomba seterusnya membawa turun mangsa menggunakan stretcher diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada jam 11 malam.
Foto: Jabatan Bomba