Lelaki Maut Tersepit Dalam Kemalangan Di Putatan

xcident-putatan.jpg

Pasukan bomba bertungkus-lumus menyelamatkan seorang lelaki maut akibat tersepit dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Highway, Simpang Klinik Putatan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

Kongsi Bersama

PUTATAN: Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Highway, Simpang Klinik Putatan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.53 subuh itu, kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max yang dipandu oleh mangsa telah bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, mangsa, yang bukan warganegara, yang tersepit dalam kereta Isuzu D-Max telah dikeluarkan oleh Pasukan Bomba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Manakala pemandu Perodua Myvi hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.15 pagi. – SabahNews

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top