Lelaki maut Perodua Viva bertembung 4WD di Tuaran

xcident-tuaran.jpg

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kenderaannya bertembung 4WD dalam kemalangan di Tuaran.

Kongsi Bersama

TUARAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung pacuan empat roda (4WD) dalam kemalangan di Jambatan Batangan berhampiran CKS Supermarket di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa, 30, yang tersepit pada tempat duduk pemandu Perodua Viva disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya sepasukan 10 anggota da pegawai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.44 pagi bersama satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa yang tersepit pada bahagian pemandu dikeluarkan menggunakan peralatan khas.”

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Sabah Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top