Lelaki Maut, Kereta Junam Dalam Lubang Pembentung Di Sandakan

xcident-sandakan.jpg

Keadaan kereta Perodua Viva yang terjunam ke dalam lubang pembentungan dan meragut nyawa pemandunya. (Gambar Facebook)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Viva dipandunya terbabas masuk ke dalam sebuah lubang pembentungan yang dipenuhi air dianggarkan sedalam 1.5 meter yang dalam proses pembinaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Lintas Utara, Batu 3 pada 7.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan awal polis mendapati mangsa berusia 52 tahun, yang sedang memandu dari Batu 4 ke arah pusat bandar, hilang kawalan kenderaan tersebut dan merempuh beberapa penghadang plastik dan konkrit disediakan pihak kontraktor pembinaan.

“Kenderaan itu terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan di bahu jalan. Impak daripada kemalangan itu, pemandu meninggal di lokasi kejadian,” katanya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)/85 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sabah) pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bersama JKR mengepam keluar air untuk memudahkan operasi menyelamat dan menemukan seorang mangsa lelaki di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada 8.57 pagi,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top