Lelaki Maut Dihempap Balak

balak.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang lelaki maut setelah dihempap sebatang pokok kayu balak di Bukit Gemuk di sini petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 2.02 petang dan sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Zougarana Konin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang berusia 30 tahun itu dari kayu balak tersebut namun mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.14 petang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top