Lelaki mati dibunuh, isteri antara empat ditahan bantu siasatan

polis.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Isteri mangsa antara empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun di sebuah simpang di Batu 3, Jalan POIC di sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Jimmy Panyau berkata pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa pada pukul 12.43 tengah hari pada hari kejadian dengan mendakwa suaminya meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh.

Menurutnya pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan kesan tikaman di dagu sebelah kanan, tetakan di belakang kepala dan dahi kiri serta lebam di dada kanan, bahagian belakang dan pinggang.

“Mayat terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jimmy berkata susulan kejadian itu, dua suspek lelaki dan isteri mangsa ditahan pada hari kejadian manakala seorang lagi suspek lelaki ditahan kelmarin.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan secara terperinci daripada pelbagai sudut.

Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top