Lelaki lemas ketika cuba selamatkan adik, anak saudara

lemas.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Seorang lelaki mati lemas ketika cuba menyelamatkan adik lelaki dan serta anak saudaranya dalam kejadian di Sungai Dewata, di sini, Selasa lalu.

Bagaimanapun, anak saudara dan adiknya berusia 16 dan 10 tahun itu berjaya diselamatkan oleh ahli keluarga lain tanpa sebarang kecederaan.

Sebelum kejadian pada pukul 11 pagi itu lelaki berusia 33 tahun itu bersama keluarganya mengadakan aktiviti perkelahan di sungai tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata berdasarkan siasatan awal, anak saudara dan adik mangsa yang sedang mandi di tepi sungai dihanyutkan arus deras.

“Mangsa bersama dua ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu terus bertindak terjun ke sungai untuk menyelamatkan mereka.

“Bagaimanapun, mangsa disedari tidak timbul ke permukaan air sebelum dua ahli keluarganya kembali ke sungai untuk mencarinya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri selepas itu dan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan, di mana dia disahkan meninggal dunia pada 12.49 tengah hari.

ACP Dzulbaharin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada melakukan aktiviti berasaskan air buat masa ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top