Lelaki Lemas Ketika Cuba Lepaskan Tali Pancing Tersangkut

lemas.jpg

Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan SAR. – Ihsan Bomba

Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Kerana mahu melepaskan tali pancingnya yang tersangkut seorang lelaki lemas di sebuah tasik di Estet Melewar Paris 3, di sini, tengah hari semalam.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 43 tahun sedang melakukan aktiviti memancing ikan bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun disebabkan tali pancingnya tersangkut mangsa dikatakan terjun ke dalam tasik untuk melepaskan tali berkenaan.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari dan sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PB Jipson Yenbios dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 55 kilometer dari BBP.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pasukan bomba dan orang kampung seterusnya menemukan mangsa pada jam 3.06 petang.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top