Lelaki larikan kenderaan dipercayai bermotifkan curi

larikan-kereta-Ranau.jpg

Tangkap layar kejadian yang berlaku di tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang kelmarin.

Kongsi Bersama

RANAU: Kejadian kes lelaki melarikan sebuah kenderaan di tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang, di sini, kelmarin dipercayai bermotifkan curi kenderaan, lapor BHarian.

Menurut laporan itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai hendak mencuri kenderaan namun ketika kejadian terdapat kanak-kanak di dalam kenderaan berkenaan.

“Suspek dipercayai hendak mencuri kenderaan namun ketika kejadian terdapat enam murid sekolah rendah di dalam kereta berkenaan dan kita turut membuka kertas siasatan atas kesalahan melarikan orang dengan salah.

“Bagaimanapun siasatan polis menjurus kepada kejadian yang berlaku,” katanya ketika dihubungi akhbar tersebut pada Rabu.

Simiun berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine atau syabu.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan 365 kanun sama,” katanya.

Kelmarin, tular video seorang lelaki ditahan polis dengan dibantu orang awam selepas mencuri sebuah kenderaan jenis Proton Persona di tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang, kira-kira jam 5 petang.

Ketika kejadian terdapat enam murid SK Pinousuk di dalam kenderaan berkenaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top